LOGO TSP GENERAL

Anda sedang mencari TADIKA untuk anak-anak kesayangan anda berumur 4 – 6 tahun?  TADIKA SERI PAGI CEMERLANG mungkin merupakan tadika yang anda cari-cari. 

Pada masa sekarang, kami beroperasi di 2 buah lokasi iaitu di :-

  • LEP 6, TAMAN LESTARI PUTRA; dan
  • PRESINT 8, W.P. PUTRAJAYA.

Untuk pertanyaan, silalah hadir sendiri ke rangkaian tadika kami atau hubungi Teacher Siti (013-2352426).

Kami telah beroperasi sebagai pendidik sejak tahun 2006 lagi dan sangat berpengalaman luas dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tadika Seri Pagi Lestari merupakan tadika swasta yang diberikan lesen operasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seboleh mungkin TADIKA SERI PAGI CEMERLANG akan disediakan di premis  bertanah (landed property) bagi membolehkan aktiviti-aktiviti luar kelas diadakan dengan mudah dan selamat di samping memberikan peluang kepada anak-anak menikmati alam sekitar. Setakat ini alhamdulillah kedua-dua premis TADIKA SERI PAGI CEMERLANG adalah di premis bertanah.

Guru-guru kami juga dipilih secara teliti dan dilatih dari masa ke masa bagi membolehkan sesi pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Jumlah anak-anak yang akan diambil adalah TERHAD bagi mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dan bagi membolehkan anak-anak belajar dengan selesa. Oleh itu, DAFTAR AWAL bagi membolehkan anak-anak anda bersama dengan kami!

Anda juga boleh ikuti perkembangan kami di laman facebook kami FB Tadika Seri Pagi Lestari dan di FB Tadika Seri Pagi Putrajaya